Emas

Wednesday, October 31, 2012

Maafkan Aku

Hari ini tidak sama seperti kelmarin.
Tak mungkin sama seperti semalam.
Tak akan sama seperti esok.
Tapi mungkin sama seperti hari hari yang bakal terjadi.

Senyap.
Sunyi.
Seorang lagi.
Tiada peneman diri.

Maafkan aku diri.
Dia bukan milik kita lagi.

Maafkan aku hati.
Dia sakiti kita sekali lagi.

Maafkan aku kaki.
Kita tak dapat ikut jejak dia selepas ini.

Maafkan aku mata.
Tiada santapan indah untuk kita.

Maafkan aku telinga.
Tiada lagi salam darinya.

Maafkan aku hidung.
Kita tak layak menghidu baunya yang meraung.

Maafkan aku tangan.
Kita tak dapat tunjuk tempat kita berangan.

Maaf kan aku mulut.
Dia seorang pembelot.

Aku gagal lagi.
Untuk kali ke tiga.
Gagalnya pemerintahan aku.

(Ilham dari Zahiril Adzim)

No comments:

Post a Comment