Emas

Saturday, October 26, 2013

AD 111 Semester 5

Ampunkan aku,
Jika aku terlalai dalam persahabatan kita.
Ampunkan aku,
Jika aku terleka dalam mengejar arah kita.
Ampunkan aku,
Jika aku tersalah tanpa ada yang suka.
Ampunkan aku,
Jika aku masih meninggalkan bisa.

Walau selengkap 26 abjad yang ada,
Takkan mampu aku susun,
Untuk menggambarkan memori.
Memori kita bersama.
Takkan tergambar.

Walau tercipta teknologi terkini,
Takkan ada yang mampu menyimpan memori kita.
Percayalah.
Takkan ada yang mampu.

Maafkan aku, andai aku terlena seketika selama perkenalan kita.
Sekarang aku pasang deria aku,
Supaya aku lebih peka.

Kesedihan perpisahan bermula dengan keindahan perkenalan.
Persetankan perpisahan.
Terus bangkit dan kembali mengingati saat indah kita.

Moga ini bukan pertermuan kita yang terakhir.
Bertemu kita nanti di alam lain.
Mahupun dunia satu lagi.

Teman datang dan pergi.
Jangan meratapi.
Pergi,
Pergi gapai cita-cita.

Jaga diri.
Assalamualaikum.

(Maaf kalau hambar, cuma ini yang tergambar. Terima aja lah.)

Thursday, October 17, 2013

#ZineDendam , 786 Alhamdulillah Syukur .

Assalamualaikum

Ini adalah zine pertama hasil titik peluh aku sendiri selama 2 tahun lebih. Korang kalau berminat, boleh beli terus daripada aku. RM 10 untuk zine dan kalau ingin aku pos kan, RM 5 kos posting untuk senaskah. Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan aku di laman sosial Twitter : @hafizariffinhttps://twitter.com/hafizariffin ) atau Facebook : Hafiz Ariffinhttps://www.facebook.com/muhammadhafizbinariffin ) atau boleh terus whatsapp atau mesej aku di nombor 0142275965. Dapatkan segera selagi stok masih ada. Terima kasih kerana sudi menyokong seni tanah air kita sendiri. :)