Emas

Wednesday, October 31, 2012

Maafkan Aku

Hari ini tidak sama seperti kelmarin.
Tak mungkin sama seperti semalam.
Tak akan sama seperti esok.
Tapi mungkin sama seperti hari hari yang bakal terjadi.

Senyap.
Sunyi.
Seorang lagi.
Tiada peneman diri.

Maafkan aku diri.
Dia bukan milik kita lagi.

Maafkan aku hati.
Dia sakiti kita sekali lagi.

Maafkan aku kaki.
Kita tak dapat ikut jejak dia selepas ini.

Maafkan aku mata.
Tiada santapan indah untuk kita.

Maafkan aku telinga.
Tiada lagi salam darinya.

Maafkan aku hidung.
Kita tak layak menghidu baunya yang meraung.

Maafkan aku tangan.
Kita tak dapat tunjuk tempat kita berangan.

Maaf kan aku mulut.
Dia seorang pembelot.

Aku gagal lagi.
Untuk kali ke tiga.
Gagalnya pemerintahan aku.

(Ilham dari Zahiril Adzim)

Sunday, October 28, 2012

Bawa Diri

Mungkin kali ini, 
Mungkin lain kali.
Aku berhenti mengejar duniawi.
Aku berhenti mengejar kau.

Aku.
Bawa.
Diri.
Sekali.
Lagi.

Kenapa ?

Mungkin aku sedang mencari.
Mencari pelengkap rusuk kiri
Bukan pelengkap nafsu diri.
Insaf.

Aku.
Bawa.
Diri.
Sekali.
Lagi.

Kenapa ?

Barangkali aku ingin belajar.
Belajar apa itu seni.
Dengan lebih mendalam.
Padu.

Aku.
Bawa.
Diri.
Sekali.
Lagi.

Kenapa ?

Sebab kita tak bersependapat.
Mahupun bersependapatan.
Api yang dihembus dalam kaca.
Macam kita.

Aku ucapkan Selamat Tinggal.
Selamat Jalan.
Jaga diri.
Kalau rindu aku, 
Letaklah kaki sesaat dua di blog ini.
Aku janji.
Aku pasti.
Pasti ada coretan pasal kau disini.

Bangkit Jatuh

Salam perkenalan.

Aku hentikan lagu,
Tanggalkan alat pendengar.
Aku cuba untuk menulis.
Menulis apa yang terlukis.
Tergambar difikiran juga.

Papan kekunci pagi ini tidak membantu.
Dayus mungkin.
Otak juga sama.
Bersubahat barang kali.
Cuba menjatuhkan aku yang sedang bangun.

Setiap hari aku bagi otak makan racun.
Sebab itu dia taknak bantu aku dah.
Mungkin lah.

Ramai sedang bersubahat menjatuhkan aku.
Aku redha.
Aku pasrah.

Zaman kegemilangan dah lepas.
Zaman kejatuhan lah pula.

Selamat datang Zaman Kejatuhan.

( Maaf kalau hambar , tinggalkan ulasan anda . )

Tuesday, October 23, 2012

Pelajar Hidup

Kita hampakan orang yang sayangkan kita.
Kita sayangkan orang yang hampakan kita.
Kita cintakan orang yang lukakan kita.
Kita lukakan orang yang cintakan kita.
Pernah kita sedari ?
Walaupun sekali ?
Tak.

Kenapa ?
Sebab bodoh.
Tuli.
Angkuh.

"Allah S.W.T menghantar seseorang dalam hidup kita bersebab,
Sama ada untuk kita belajar dari nya,
Atau bersamanya sampai bila-bila"
Aku pegang kata-kata ini.
Sampai mati.

Allah S.W.T juga tidak akan memberi seseorang yang kita inginkan.
Malah,
Dia berikan seseorang untuk lukakan,
Hampakan,
Sakitkan hati kita,
Cintakan kita,
Sayangkan kita,
Supaya menjadikan kita lebih berguna nanti.
Barangkali.

Konklusi.
Jangan cari yang sempurna.
Cari yang boleh buat kita sempurna.

( Maaf kalau hambar, cinta belum tergambar )

Monday, October 22, 2012

Akal Mencarut

Aku berani mencuba.
Tapi bukan pada cinta.
Aku berani merasa.
Tapi bukan pada cinta.

Cukup sekali aku jatuh.
Taknak kali ke dua.
Takkan kali kedua.
Biar masa tentukan kita.
Kisah kita.

Maaf kalau kau juga sama.
Sama seperti aku.
Layu.

Kini aku lebih senang berdiri.
Memerhati.
Mungkin sebab aku terlalu fikir diluar kotak.
Kotak yang aku sendiri tak tahu mana akalnya.

Tapi kalau kau pemilik rusuk kiri aku,
Akan aku bertarung demi kau.
Aku janji.
Aku pasti.
Salam.

Sunday, October 21, 2012

Darjat

Maaf.
Aku Pipit.
Kau Enggang.
Kita tak layak terbang di bawah satu awan.
Kita hanya kawan.

Aku Pipit.
Aku mengaku aku Pipit.
Tak pernah aku bermimpi terbang sebelah kau Enggang.
Aku tahu kebolehan aku sikit.
Tak pernah aku acah acah tak pandang.

( Ilham dari tatabahasa Malique )

Permainan Cinta

Cinta,
Permainan yang bukan senang untuk menang.
Permainan yang senang untuk kalah.
Kalah kalau lemah.
Kalah kalau alpa.
Kalah kalau tak kena pada masa.

Cinta adalah satu permainan,
Permainan yang kau perlu tabah mengharungi onak durinya.

Cinta adalah satu permainan,
Permainan yang kau harus menambat hatinya.
Juga jiwanya.

Kau perlu tahu, 
Dalam hidup seorang wanita ada seorang lelaki yang tak dapat dia lupakan.
Dalam hidup seorang lelaki ada seorang wanita yang dia takkan dapat .

Monday, October 8, 2012

Maaf Aku Bukan Kawan

Kau pernah kenal erti kawan ?
Ye.
Tidak.
Tidak.
Ye.
Tidak.
Tidak sama sekali.
Kau tak pernah kawan.

Kau tahu apa erti kawan ?
Senang kawan senang kau,
Susah kawan lantak lah.
Begini bukan yang kau tahu ?

Maaf aku bukan kawan untuk di serba pakai macam kau selalu buat.
Maaf aku bukan kawan untuk di jadikan batu loncatan hidup kau.
Maaf aku bukan kawan untuk di jadikan tempat kau pijak.
Aku kawan untuk memotivasi reputasi kau.
Tapi bukan kau.

Pengalaman aku dan kau yang membezakan di mana otak kita berada saat ini.
Kaki ?
Lutut ?
Kepala ?
Pilih lah sendiri kawan.
Kau terus dayus ditelan arus kemodenan.
Aku terus dijamah masa depan.

Bangkit lah kawan, jangan jatuh depan syaitan.